Pengankutan untuk ke Pekan Open Chess Championship
Pekan Open Chess Championship akan diadakan pada 24 dan 25 Oktober 2015 di UMP, Pahang. 9 kategori dipertandingkan dan sudah pastu kategori terbuka akan menjadi tumpuan.
Bagi menyemarakkan Pekan Open Chess Championship ini, pihak PCNK berbesar hati menaja pengankutan untuk ahli PCNK di Kelantan untuk kesana nanti. Terma dan syarat adalah
- Ahli PCNK SAHAJA
- Daftar untuk bermain Pekan Open Chess Championship
- Bertolak Kota Bharu-UMP pada petang 23hb dan pulang UMP – Kota Bharu pada petang 25hb
- Tempat adalah terhad, hubungi Faridzul di talian 0169640972
Tempat penginapan juga turut mendapat sponsor dari penganjur. Jadi kepada anda daripada Kelantan untuk kesana, hanya perlu sediakan duit poket dan yuran pendaftaran sahaja.
Berita baik juga untuk AHLI PCNK yang berada di luar Kelantan, PCNK akan membekalkan baju rasmi kepada 3 pemain yang mempunyai rating tinggi dengan harapan agar dapat mengharumkan nama PCNK sebagaimana Kejohanan di Kuantan tempoh hari
Leave a Reply