Penang Open bermula hari ini!!

Hanya 2 pemain dari Kelantan saja yang bertanding di Penang Open iaitu IM Mas Hafizulhilmi dan Nik Ahmad Farouqi. Untuk pusingan pertama, IM Mas bermain putih bertemu Limono Handjojo dari Indonesia dan Nik Farouqi bermain hitam bertemu Matthew Lau dari Singapore.
Laporan terkini, Nik Farouqi menang dengan Matthew Lau dan IM Mas masih bermain..
Pada pusingan pertama, terdapat ramai pemain yang mendaftar tetapi tidak hadir, jadi force pairing terpaksa dilakukan dan beberapa rated player terpaksa bermain sesama sendiri seperti Ismail Ahmad bertemu Looi Xin Hau dari Penang, dan Yeap Eng Chiam bertemu Abdullah Che Hassan.
Laporan penuh akan disambung nanti…
Leave a Reply