Kejohanan Catur PCNK – PPAK Siri 2
Satu kejohanan catur akan diadakan untuk kali kedua di Perpustakaan Awam Kelantan pada 17 Mei ini. Kejohanan ini dianjurkan oleh PCNK dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan. Maklumat lanjut boleh dibaca dalam poster di bawah :

Terdapat beberapa keistimewaan dalam kejohanan ini.
Pertama, Jawatankuasa Pemilihan SUKMA 2026 Kelantan yang dibentuk oleh PCNK telah bersetuju untuk menjadikan kejohanan ini sebagai salah satu kriteria pemilihan atlit SUKMA. Oleh itu, peserta berumur antara 11 – 20 tahun yang berjaya menduduki tangga 3 teratas akan dipilih memasuki Senarai Panjang SUKMA 2026.
Kedua, PCNK akan memohon taraf PAJSK peringkat Negeri untuk kejohanan ini. Oleh itu, penyertaan daripada pelajar sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan.
Tunggu apa lagi? Daftar SEKARANG! Sila klik pautan pendaftaran di bawah :
Borang Pendaftaran Kejohanan Catur Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan







Leave a Reply