PCNK Bertemu YB KBS di Townhall

PCNK telah dijemput bersama-sama dengan persatuan-persatuan sukan yang lain untuk menghadiri majlis bertemu muka dengan YB Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq bin Abdul Rahman, pada 15 Februari 2019 di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu. PCNK diwakili oleh En. Roslee Alias dan En. Muhd Ariji Hasan Basri telah mengajukan beberapa persoalan berkaitan catur di Kelantan khasnya dan di Malaysia amnya.
Menjawab soalan yang diutarakan, YB Syed Saddiq menegaskan bahawa setiap persatuan sukan seharusnya memilih pemimpin yang berjiwa sukan agar pengurusan persatuan tersebut berjalan lancar mengikut objektif persatuan. Setiap ahli yang berdaftar mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin yang efektif dan boleh memberi sumbangan kepada persatuan melalui mesyuarat agung persatuan sukan tersebut.
Sehubungan itu, PCNK menyeru ahli-ahli berdaftar untuk tahun 2019 agar membuat pilihan tersebut dalam mesyuarat agung PCNK yang dijadualkan akan berlangsung semasa Kejohanan Catur Tertutup Kelantan tidak lama lagi agar PCNK terus relevan untuk catur di Kelantan.
Leave a Reply