Pasukan MSS Kelantan Bawa Pulang 6 Medal

Setelah berkampung selama lebih kurang seminggu di UMT, Terengganu, pasukan MSS Kelantan berjaya membawa pulang 6 medal dalam kedua-dua kategori individu dan berpasukan, sekaligus meletakkan mereka di tangga ketujuh keseluruhan.
Dalam kategori berpasukan, pasukan L12 Kelantan unggul membawa pulang medal perak setelah menduduki tangga kedua di belakang Selangor manakala pasukan P18 Kelantan berada di tangga ketiga untuk membawa pulang medal gangsa. Menariknya, pasukan P18 ini dibarisi tiga orang pemain yang pernah mendapat tempat keempat di MSSM 2018 yang kebetulan juga di UMT, Terengganu.
Dalam kategori individu, pasukan perempuan Kelantan berjaya mendapat medal dalam setiap kategori P12 (Nur Saffiya Sumaiyyah), P15 (Wan Nadia Fatini) dan P18 (Engku Aida Sofea) manakala pasukan lelaki Kelantan hanya membawa pulang medal gangsa melalui L12 (Muhammad Amsyar Rayyan).
Berikut beberapa keping gambar semasa kejohanan:
Leave a Reply