Mesyuarat Agung Pemilihan 2021

Pada hari Sabtu 27 Mac 2021, mesyuarat agung PCNK kali ke-7 akan diadakan secara online pada jam 9 malam. Mesyuarat yang dijangka berlangsung selama lebih kurang sejam akan mengumumkan senarai barisan kepimpinan baru PCNK untuk sesi 2021-2023. Semua ahli aktif PCNK yang telah membayar yuran tahun 2020 ATAU yuran tahun 2021 boleh menyertai mesyuarat tersebut yang akan diadakan melalui aplikasi Google Meet.

Sehubungan itu, ahli-ahli yang layak mengundi, mencadang dan menyokong boleh berbuat demikian sehingga 23 Mac ini menggunakan borang pencalonan di bawah:

Borang Pencalonan

 

Setelah itu, ahli-ahli akan memilih daripada senarai pencalonan dan keputusan akan diumumkan dalam mesyuarat agung nanti.

 

SELAMAT MENGUNDI!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *