Majlis Tertinggi PCNK 2021-2023

Pada hari Sabtu yang lepas, mesyuarat agung PCNK telah diadakan secara Google Meet dan telah dihadiri oleh majoriti ahli aktif yang layak mengundi. Hanya satu sahaja jawatan yang dipertandingkan iaitu jawatan presiden dan dua orang calon bertanding ialah En. Muhammad Ariji dan En. Mohd Azizul. Jawatan lain yang tiada pentandingan adalah jawatan setiausaha yang kembali diisi oleh En. Mohd Hafidz dan jawatan pengerusi unit perhubungan yang dipegang oleh En. Mohd Yusnizam.

Mengikut kiraan undian, En. Muhammad Ariji telah menang namun beliau telah secara sukarela meletakkan jawatan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, berdasarkan perlembagaan PCNK, jawatan presiden dipegang oleh En. Mohd Azizul yang mendapat undi kedua terbanyak.

Berikut adalah ahli Majlis Tertinggi PCNK untuk sesi 2021-2023:

Presiden : En. Mohd Azizul bin Mat Daud
Timbalan Presiden : En. Haziz bin Harun
Naib Presiden 1 : En. Muhammad Sharidan bin Harun
Naib Presiden 2 : En. Rhozisham bin Abd Rashid
Naib Presiden 3 : Puan Adillah binti Mansor
Setiausaha : En. Mohd Hafidz bin Mat Daud
Bendahari : En. Mohammad Amin bin Hamzah

Ahli Jawatankuasa

Unit Perhubungan dan Pembangunan : En. Mohd Yusnizam bin Mohamad
Unit Disiplin dan Anti-Doping : En. Mohd Khairul Anuar bin Mohd Zin
Unit Kewangan dan Pelaburan : En. Muhammad Ariez bin Azman
Unit Teknikal dan Pemilihan : En. Ahmad Yusri bin Sahadi
Unit Wanita : Puan Sarini binti Sebri

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *