Terkini NC 2010

Pemain Kelantan menampilkan persembahan memberangsangkan pada kejohanan kali ini. Nik Ahmad Farouqi paling cemerlang apabila melakar kejutan dengan menewaskan pilihan pertama iaitu Loo Swee Leong dari Pulau Pinang dan Lim Zhuo Ren dari KL untuk penentuan gelaran NM2010 dengan Tan Khai Boon dari Pulau Pinang esok. Nik mencatat 6.5 dari 8 pusingan.
Syed Azizi dan Nasrul Humaimi cemerlang dengan 5 mata. Syed Azizi mempunyai peluang cerah untuk mendapat FIDE rating sekiranya mengekalkan prestasi begini pada kejohanan berikutnya. sehingga pusingan ke 8, Syed Azizi mencatat 2 mata dari 7 pemain FIDE rated. Dia memerlukan 2 lagi pemain rated untuk melengkapkan kuota. Norazlin yang juga bertindak selaku pengurus pasukan hanya mengumpul 3 mata. 
Bagi kategori Wanita, Siti Nur Afiqah berjaya mengumpul 4 mata manakala Najihah mengumpul 3 mata dari 8 pusingan.
Selamat berjaya kepada kontinjen Kelantan khususnya Nik Ahmad Farouqi yang berpeluang merangkul gelaran National Master 2010!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *