PCNK Menempa Sejarah Malaysian Book of Records!

1771 merupakan jumlah keramat yang telah meletakkan Persatuan Catur Negeri Kelantan dalam senarai Malaysian Book of Records dalam kategori Penyertaan Paling Ramai Peserta Catur dalam Satu Pertandingan (Largest Participation in a Chess Tournament).
Yang Berhormat Mulia Tengku Abdul Halim Ibni Sultan Ibrahim, Tengku Laksamana Kelantan, telah menyempurnakan majlis menandatangani sijil disaksikan oleh wakil MBR, Myra Dzaman. 

Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah seluruh Kelantan yang menyertai kategori bawah 12, 15 dan 18 tahun. Kategori Terbuka disertai oleh peserta yang tidak layak memasuki mana-mana kategori bawah umur tersebut. 
Usaha mengadakan satu pertandingan catur yang terbesar ini telah dicetuskan oleh Kerabat Di Raja Kelantan dengan kerjasama Persekutuan Catur Malaysia dan juga Persatuan Catur Negeri Kelantan. Ahli-ahli jawatankuasa kerja termasuklah Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dan juga pegawai-pegawai daerah seluruh Kelantan kerana penyertaan yang paling ramai adalah dari kalangan pelajar-pelajar sekolah. 
Tahniah dan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang menjayakan program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *