Pasukan Jurulatih MSS Kelantan ‘Menggori’ Piala Ismailian

Penarikan diri di saat akhir pasukan Ayam Dungun menjadikan pasukan Jurulatih MSS Kelantan (2) pasukan pilihan pertama pada Kejohanan Berpasukan Ismailian yang julung-julung kali diadakan ini. Tanpa menoleh ke belakang, pasukan ini memenangi semua pusingan termasuk mengenepikan cabaran terkuat mereka, pasukan Gocoh, untuk mengangkat Piala Pusingan Ismailian dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM700.

Pasukan ini terdiri daripada 4 orang jurulatih pasukan MSS Kelantan iaitu Muhammad Ariez, cikgu Nik Nazri, cikgu Mohd Azizul dan cikgu Baharuddin. Mereka akan mengetuai cabaran pasukan Kelantan di Kejohanan catur MSSM yang akan diadakan di Universiti Malaysia Terengganu, 3 Ogos depan. Kejayaan ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada anak-anak didik mereka untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam kejohanan itu nanti.

Berikut adalah kedudukan akhir:

Keputusan penuh boleh dibaca di laman chess results.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *