Kelantan Red Knights di tangga ke 23 Catur Berpasukan Merdeka 2023

PCNK telah menghantar satu pasukan menyertai Catur Berpasukan Merdeka yang diadakan di Mid Valley pada 25-26 Ogos 2023. Pasukan terdiri daripada 4 orang pemain yang terpilih berdasarkan keputusan di Tertutup Kelantan baru-baru ini iaitu Muhd Syakir Mohd Zin, Aizil Nashran Che Nordin dan Mohd Amin Che Cob. Seorang lagi pemain terpilih ialah Wan Mohd Azmie Wan Abdul Rahim setelah beberapa orang pemain menolak jemputan rasmi PCNK.
Setelah dua hari bertungkus-lumus, pasukan Kelantan Red Knights berjaya menduduki tempat ke 23 setelah tewas permainan pusingan 9 kepada pasukan HCM yang terdiri daripada WGM dan WIM dari Vietnam. Keputusan penuh boleh dibaca di laman web chess results.
Berikut adalah keputusan secara individu pemain Kelantan Red Knights:
Leave a Reply