Kejutan Ainuddin di SMACH

Mungkin anda tidak mengenali lelaki dalam gambar di atas, namun beliau telah menunjukkan permainan yang matang untuk menewaskan lawan yang lebih dikenali, termasuk pilihan utama Nor Azmi dari Terengganu, dalam Kejohanan Catur Terbuka SMACH yang diadakan Sabtu lalu.
Muhd Ainuddin Mat Daud memenangi 5 permainan dan seri 2 kali menentang bintang meningkat naik Muhd Ariez dan otai MAKSAK Baharuddin. Selain Nor Azmi, mangsa beliau termasuklah setiausaha PCNK Norazlin Juarih dan pemain veteran Ghazali Che Cob.
Keputusan penuh Kategori Terbuka:
Keputusan penuh Kategori Wanita:
Keputusan penuh Kategori Bawah 12 Tahun Lelaki:
Keputusan penuh Kategori Bawah 12 Tahun Perempuan:
Kejohanan ini juga menawarkan Hadiah Khas berupa wang tunai kepada Ahli Aktif PCNK untuk tahun 2016. Seramai 3 orang telah mendapat hadiah tersebut iaitu:
- Norazlin Juarih
- Nik Nur Nadzirah Nik Mohd Azrihan
- Mohd Hafidz Mat Daud
Gambar-gambar sekitar kejohanan:

Suasana Gymnasium SMACH

Nik Md Faris merupakan pemain bawah 12 tahun yang berani memasuki Kategori Terbuka

Azfarziyad mengorbankan Queen semasa menentang Baharuddin

Nurul ‘Izzah ‘Aqilah juara Kategori Wanita

Nik Nur Nadzirah merupakan satu-satunya pemain wanita dalam Kategori Terbuka

Siti Nur Haziqah juara Kategori Bawah 12 Tahun Perempuan

Ainuddin menumpaskan Nor Azmi dalam permainan yang mendebarkan
Leave a Reply