Faiz, Nadzirah Juara Remaja Kelantan

Piala Pusingan yang pertama kali diperkenalkan dalam Kejohanan Terbuka Remaja Kelantan akan tertera nama dua orang anak cikgu Nik Mohd Azrihan iaitu Nik Mohd Faiz yang menjuarai Kategori Remaja Lelaki dan Nik Nur Nadzirah yang mengungguli Kategori Remaja Perempuan. Mereka berdua mengutip 6.5 mata untuk mengatasi pencabar-pencabar mereka.

Dalam Kategori Junior Perempuan, Haifa juga memerlukan 6.5 mata untuk menjadi juara manakala Iman Ammar memerlukan 7.5 mata dalam Kategori Junior Lelaki kerana mereka bermain sebanyak 8 pusingan.

Semua keputusan boleh dibaca di bawah:

Kategori Remaja : Lelaki / Perempuan

Kategori Junior : Lelaki / Perempuan

Leave a Reply

Your email address will not be published.