Catur Cabaran Pra MSSK Mencapai Sasaran – PCNK

Catur Cabaran Pra MSSK Mencapai Sasaran



Seramai 196 orang peserta turun memeriahkan Kejohanan Catur Cabaran Pra MSSK yang diadakan di perpustakaan Kolej Poly-Tech MARA, Lembah Sireh, Kota Bharu hari ini. Para peserta menggunakan kesempatan yang ada untuk memanaskan badan sebelum bermula kejohanan MSSK yang sebenar 22-25 Februari nanti.

Peluang ini juga diambil oleh peserta yang tidak layak mewakili daerah masing-masing untuk berjumpa dengan pemain daerah lain, dan oleh peserta yang baru mula berjinak dengan kejohanan catur. Ini adalah kerana dengan inisiatif KPTM dan PCNK, kejohanan ini diadakan secara percuma.

Kejohanan ini juga mencatat sejarah apabila perlawanan play-off diperlukan dalam menentukan pemenang. Tempat ke 10 dan 11 dalam Kategori 12P terpaksa dibawa ke perlawanan penentuan apabila semua 4 tie-break seri di antara Qaisara dan Wan Faridatul Syifa’.

Keputusan penuh boleh dicapai menerusi laman-laman di bawah:

Kategori 12L

Kategori 12P

Kategori 18L

Kategori 18P

 

Gambar-gambar sekitar kejohanan:

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *