Amsyar Juara, Arif Zafran Membuat Kejutan di PPAK

Amsyar Rayyan membuktikan kepakarannya bercatur adalah setaraf dengan pemain dewasa apabila menjuarai Kejohanan Catur PPAK Siri 1 yang juga disertai oleh Abdullah Che Hassan, cikgu Nik Mohd Nazri dan ramai lagi pemain Kelantan lain yang terkemuka. Beliau memenangi semua permainan dan hanya seri pada pusingan terakhir menentang Gan Wen Han.

Sementara itu, Muhammad Arif Zafran dari SK Tasek Pauh melakukan kejutan demi kejutan apabila berjaya menduduki tempat kedua. Walaupun tewas di pusingan kedua kepada Gan, beliau memenangi kesemua 5 pusingan berikutnya untuk menaiki podium. Antara mangsa beliau adalah pemain yang membuat kemunculan semula iaitu Muhammad Faiz Zakaria dan pemain catur tegar, Mohammad Amin Che Cob.
Berikut adalah keputusan kejohanan :

Keputusan penuh boleh dicapai di chess results.
KELAYAKAN SUKMA 2026
Seperti yang dijanjikan, kedua-dua Amsyar dan Arif Zafran akan dimasukkan ke senarai panjang (longlist) untuk SUKMA 2026 yang akan diadakan di Selangor. Diharapkan pemain-pemain lain boleh mencontohi mereka dan berusaha untuk memasukkan nama mereka dalam senarai. Kejohanan berikutnya adalah AEON Mall kategori Terbuka.
JUMPA DI SANA!
Berikut adalah beberapa keping gambar kejohanan :

Suasana dewan yang selesa.
Pemain yang memakai baju raya mendapat sampul raya daripada PCNK dan ACAA

Ibubapa atau pengiring yang tidak bermain pun mendapat peluang memenangi hadiah.
Antara arbiter-arbiter yang bertugas.








Leave a Reply