AGM Nik Farouqi Juarai FIDE Rapid FCK 2019

AGM Nik Farouqi membuktikan statusnya sebagai pilihan pertama setelah menjuarai FIDE Rapid dengan mudah. Kekebalan kubu pertahanan dan keampuhan serangan beliau telah menghancurkan harapan ramai lawan lain apabila beliau mendapat 8.5 mata daripada 9 pusingan. Para peminat bertuah kerana semua permainan beliau boleh dinikmati dengan memuatturun daripada laman chess results.com (sila klik di sini).

Senarai Pemenang FIDE Rapid FCK 2019

Senarai penuh boleh dibaca di laman chess results.com

Jangan lupa untuk saksikan FIDE Classical dan Kejohanan Peringkat Umur Bawah 12 Tahun (Sekolah Rendah) esok di Pusat Kecemerlangan Catur Negeri Kelantan, SMKA Falahiah. Senarai nama akan dimuatnaik pada tengah malam ini, in shaa Allah, di chess results.com

 

 

Para ibubapa dan pengiring juga tidak perlu risau kerana terdapat banyak gerai jualan makanan dan minuman di sekitar dewan tempat permainan.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *