Abdullah Che Hassan Juara Tertutup Kelantan 2022 – PCNK

Abdullah Che Hassan Juara Tertutup Kelantan 2022



Abdullah Che Hassan merupakan juara edisi terbaru Kejohanan Catur Tertutup Kelantan yang diadakan di KPTM Kota Bharu, Sabtu lepas. Beliau terpaksa menghadapi saingan sengit seawal pusingan ketiga menentang juara Bawah 15 tahun Kejohanan Catur U-BES, ‘Ammar Mohd Azizul (gambar atas), namun pengalaman beliau memberikan kelebihan dalam pertarungan tersebut. Beliau seterusnya berjaya mengatasi streamer tersohor Akademi XChess, Muhammad Ali Asghar, sebelum ke penentuan juara menentang Mohamad Amin Che Cob (gambar bawah). Terbukti, Naga peliharaan Abdullah berjaya menjadikan serangan Ikan yang dilancarkan oleh Amin sebagai makanan tengahari yang lazat.

 

Senarai pemenang

Keputusan penuh di chess-results.com

 

Gambar-gambar kejohanan boleh diakses melalui FB Akademi Catur Ariez Azman yang menjadi jurugambar rasmi:

Gambar-gambar pemenang
Gambar-gambar kandid

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *