Laporan Kejohanan Sabtu Akhir PCNK (KeSAP)

Kejohanan Sabtu Akhir PCNK telah berlangsung sebanyak tiga kali sejak Februari 2022 dan telah melahirkan juara yang berlainan pada setiap kali kejohanan diadakan. Berikut adalah juara-juara tersebut:

Kejohanan Sabtu Akhir FEBRUARI

Juara : Loo Pin Xie (Thunderfinder)

Beliau merupakan pencatur kelainan upaya dari Pulau Pinang yang telah mencatat beberapa kejayaan yang membanggakan Malaysia termasuklah FIDE 1st Online Junior U20 Cup for Players with Disabilities dan ASIAN Junior Chess Championship for Players with Disabilities. Dalam kejohanan KeSAP Feb, beliau meninggalkan pencabar lain dengan agak jauh dengan mengambil kelebihan undang-undang kejohanan yang membenarkan Berserk dan Streak. 

 

Kejohanan Sabtu Akhir MAC

Juara : Swetha a/p Thamil Manni (StriveForSuccess)

Beliau merupakan pencatur cilik yang telah mendapat tempat ke-10 dalam Asian Schools Chess Championship yang diadakan di China pada 2017 dan mendapat pengiktirafan daripada Timbalan Menteri Pendidikan. Dalam KeSAP MAC yang tidak membenarkan Berserk tapi membenarkan Streak, beliau mempunyai mata yang sama dengan NM Tan Khai Boon (eijul2), namun telah diisytiharkan juara oleh Lichess berdasarkan tiebreak.

 

Kejohanan Sabtu Akhir APRIL

Juara : Abdullah Che Hassan (Jebatdurhaka)

Beliau adalah seorang pencatur yang pernah mencatat nama dalam sejarah catur di Malaysia apabila terpilih menentang Grandmaster Garry Kasparov (yang masih merupakan Juara Dunia pada ketika itu) dalam kejohanan simul pada tahun 2000. Beliau sekarang merupakan salah satu daripada jurulatih Akademi Catur Ariez Azman yang berpusat di Kelantan. Dalam KeSAP APRIL, Abdullah merupakan peserta yang paling akhir melakukan pendaftaran sebelum pendaftaran ditutup, namun beliau berjaya menewaskan pencabar terdekat dengan jumlah mata yang agak banyak walaupun kali ini kejohanan tidak membenarkan Berserk dan juga Streak. 

 

Adakah anda akan menjadi juara yang seterusnya?

Leave a Reply

Your email address will not be published.