Kuala Krai Ungguli MSSK Pahi
Seperti dijangka, pasukan PPD Kuala Krai berjaya menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah dengan memenangi empat daripada enam kategori yang dipertandingkan. Pertandingan pemilihan yang diadakan lebih awal dan latihan pusat yang sistematik berjaya melahirkan pemain-pemain yang boleh diharapkan untuk menggalas cabaran pasukan Kelantan di kejohanan MSSM bulan depan.
PPD Pasir Putih memenangi dua kategori bawah 12 tahun yang tentunya memberikan petanda menarik bahawa pasukan ini mempu memberikan cabaran di masa akan datang.
Kejohanan MSSK tahun ini diadakan di SMK Pahi, Kuala Krai pada 23 – 26 Julai dan dihadiri oleh 368 orang peserta daripada 11 PPD. 4 orang pemenang setiap kategori berjaya secara automatik untuk mewakili pasukan Kelantan manakala 6 orang lagi terpaksa menempuh pemilihan play off untuk mengisi 2 lagi tempat kosong setiap kategori.
Diharapkan pasukan yang terbentuk akan membawa kejayaan dengan mengharumkan nama Kelantan yang julung kalinya terpilih menjadi tuan rumah MSSM edisi kali ini.
Leave a Reply