Kisah 6 Juara
PCNK PPAK Siri 2 menyaksikan pertarungan sengit yang akhirnya menobatkan salah seorang daripada 6 pemain yang mendapat mata yang sama untuk menjadi juara. Setelah meneliti pemutus Sistem Pairing, Alif Omar diangkat sebagai juara diikuti oleh Muhd Ali Asghar, Chong Bok Siang, Mohd Ammar Rayyan, Naim Azraie dan Abdullah Che Hassan. Kesemuanya mengakhiri kejohanan dengan 6 mata setelah masing-masing kalah sekali kepada pihak lawan.
Pelengkap Hadiah Utama adalah 4 orang pemain yang berada setengah mata di belakang iaitu Nik Mohd Nazri, ‘Ammar Mohd Azizul, Mohd Amin Che Cob dan Wan Muhd Farhan.
Keputusan penuh boleh dibaca di pautan ini.
Berikut adalah gambar-gambar 6 ‘juara’ kejohanan :









Leave a Reply