Keputusan Terbuka Ketereh

Kejohanan Catur Terbuka Ketereh merupakan satu sejarah baru buat PCNK. Ia merupakan kerjasama yang julung kalinya diadakan bersama kerajaan negeri setelah sekian lama mencuba. Kehadiran seramai 226 orang peserta diharapkan mampu untuk meyakinkan pihak kerajaan negeri untuk meneruskan kerjasama seumpama ini pada lain masa.
Pilihan utama kejohanan, Mohd Syazwan Zulkifli, tidak mampu untuk menahan pemain yang sedang meningkat naik, Muhammad Ariez, untuk merebut takhta kejohanan dalam pusingan akhir melawan Nor Azmi. Namun, pemain veteran tersebut berjaya menyekat kemaraan Ariez dengan keputusan seri dalam permainan akhir yang penuh dramatik, sekaligus membawa pulang hadiah utama.
Dalam kategori bawah 18, Mohd Haziq Rhozisham, satu nama yang kerap kali menaiki podium dewasa ini, telah berjaya membuktikan kehebatannya dengan menewaskan lawan yang lebih tua. Beliau yang baru berusia 12 tahun tidak mensia-siakan kepercayaan ayahnya dengan memenangi kesemua 6 pusingan untuk berada di tangga pertama di hadapan 101 orang pemain lain.
Muhd Ajwad pula menjuarai kategori bawah 12 setelah memungut 5.5 mata daripada 6 pusingan. Pemain cilik ini merupakan antara harapan negeri Kelantan untuk menghadapi Kejohanan Catur MSSM yang akan diadakan di negeri ini Ogos depan.
Beberapa gambar sumbangan Dr. Nasrul Humaimi:
Leave a Reply