Keputusan Kejohanan Rapid Cerdik Catur 2015

15 Ogos 2015 telah melakar satu lagi sejarah penganjuran catur di Negeri Kelantan. Kerjasama antara Cerdik Catur Enterprise dengan pihak PCNK telah menarik pelbagai lapisan masyarakat peminat catur di seluruh Malaysia. Kejohanan ini disertai bukan sahaja penduduk Kelantan, malahan ada yang datang dari luar Kelantan untuk merebut Piala Stonemaster yang dihadiahkan kepada juara keseluruhan.
Inisiatif daripada CM Fadli Zakaria dengan menaja hadiah kejohanan kali ini harus dicontohi oleh starikat-syarikat lain bagi mengembangkan sukan catur di Malaysia. Semoga lebih banyak syarikat di luar sana dapat menaja agar sukan catur di Malaysia terus mendapat nama
PCNK mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang datang memberi sokongan dengan penganjuran ini. Terima kasih juga kepada pihak Kolej Teknologi DarulNaim kerana menyediakan tempat yang begitu selesa untuk para pemain. Juga kepada wakil daripada Sinar Harian yang datang membuat liputan
Berikut merupakan gambar-gambar menarik sekitar kejohanan
Berikut pula merupakan senarai pemenang. Sebanyak 7 hadiah kategori terbaik dipertandingkan manakala 10 terbaik mendapat wang tunai dan medal
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG!
Keputusan penuh seperti berikut
Kejohanan seterusnya adalah pada 5 September 2015, nantikan update daripada kami
Tahniah kepada semua! Tahniah kepada wakil Sarawak! Tahniah kepada wakil Sabah! Tahniah kepada wakil Terengganu! KEEP IT UP!