Keputusan Akhir Kejohanan Sempena Keputeraan Ahad Ini
Seperti biasa, PCNK memerlukan masa selama lebihkurang 3 hari sebelum mengumumkan keputusan secara rasmi bagi Kejohanan Sempena Keputeraan Sultan Kelantan yang berlangsung semalam. Pelbagai perkara perlu dipertimbangkan demi menghasilkan satu keputusan yang benar-benar boleh diterimapakai oleh semua, antaranya:
- memastikan pendaftaran agar lengkap
- menghubungi Lichess untuk memastikan tiada pemain yang disyaki menggunakan bantuan perisian komputer;
- menyoalsiasat pemain yang disyaki (jika ada);
- memeriksa kategori yang ditanda oleh peserta agar benar-benar layak;
- memilih pemenang berdasarkan kategori yang dipertandingkan.
Setelah semua di atas selesai dipertimbangkan, PCNK akan mengeluarkan keputusan yang MUKTAMAD. Oleh itu, semua pihak diminta harap bersabar sehingga keputusan rasmi diumumkan Ahad ini (15 November 2020). Namun, setelah keputusan rasmi diumumkan, peserta diminta memenuhi beberapa kriteria berikut sebelum layak mendapat hadiah:
- memberikan nombor akaun bank dalam masa 3 hari untuk urusan pemindahan hadiah;
- menyertakan sekeping gambar semasa bermain dalam kejohanan ini
Jika ada pemain yang tidak memenuhi kriteria di atas, hadiah akan dipindahkan kepada pemenang seterusnya.
Leave a Reply