Kejohanan Hybrid Kebangsaan Bermula

Akademi Xchess menjadi pusat di negeri Kelantan bagi kejohanan Hybrid Kebangsaan yang julung-julung kali diadakan. Seramai empat orang peserta yang akan bermain di sini iaitu Abdullah Che Hassan dan Muhammad Ali Asghar dalam kategori Open manakala Wan Mohd Azmie dan ‘Ammar Mohd Azizul bermain dalam kategori Challenger. Semua peserta menggunakan website Tornelo seperti yang disyaratkan oleh MCF, namun mereka boleh menggunakan board supaya mata tidak terlampau lama melihat skrin. 

Setiap pemain diberikan masa selama 1 jam 50 minit dan mereka akan bermain sebanyak sembilan pusingan dalam masa lima hari bermula jam 3 petang hari ini (31 Mac 2021).

Marilah kita semua berdoa agar semua peserta dari Kelantan ini berjaya.

 

PS: Kepada yang ingin mengikuti kejohanan ini, sila lawati laman sesawang Tornelo sepertai pautan di bawah:

Kejohanan Hybrid Kebangsaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *