Kejohanan Catur Tahun Baru Cina

PCNK bakal memulakan tahun baru 2023 dengan Kejohanan Tahun Baru Cina yang akan diadakan di KPTM, Kota Bharu. Kejohanan ini dibahagikan kepada 2 Kategori iaitu Terbuka dan Bawah 18 tahun. Peserta yang berminat diberi pilihan untuk membayar yuran samada Yuran Kejohanan sahaja, ataupun Yuran Kejohanan beserta Yuran PCNK untuk Tahun 2023. Yuran Tahunan untuk pemain catur Dewasa adalah RM30 setahun, manakala yuran untuk pemain catur Bawah 18 tahun adalah RM15 setahun. Oleh itu, boleh dikatakan adalah teramat rugi jika peserta Dewasa yang ingin bertanding untuk kejohanan pembukaan tahun 2023 ini untuk membayar yuran kejohanan sahaja (RM30), sedangkan mereka boleh memilih untuk membuat pembayaran RM40 dan bakal mendapat kelebihan seperti diskaun yuran untuk sepanjang tahun 2023.
Apapun, segala maklumat lanjut mengenai kejohanan ini boleh dibaca di bawah:
Untuk menyemak senarai ahli aktif 2023, sila tekan butang di bawah:
Senarai ahli aktif 2023
Untuk mendaftar sebagai ahli aktif 2023, anda boleh mengisi borang secara online dengan menekan butang di bawah:
Borang Keahlian 2023
Untuk mendaftar Kejohanan Catur Tahun Baru Cina, anda boleh mengisi borang pendaftaran dengan menekan butang di bawah:
Borang Pendaftaran Kejohanan Tahun Baru Cina
Leave a Reply