Kejohanan Catur Sempena Tahun Baru Cina 2024

PCNK bakal memulakan tahun baru 2024 dengan Kejohanan Catur Tahun Baru Sempena Tahun Baru Cina yang akan diadakan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra. Kejohanan ini dibahagikan kepada 2 Kategori iaitu Terbuka dan Bawah 15 tahun. Peserta yang berminat diberi pilihan untuk membayar yuran sama ada Yuran Kejohanan sahaja, ataupun Yuran Kejohanan beserta Yuran PCNK untuk Tahun 2024. Jumlah yuran yang perlu dibayar adalah mengikut umur peserta bukan berdasarkan kategori pertandingan yang ingin disertai. Yuran Tahunan untuk pemain catur Dewasa adalah RM30 setahun, manakala yuran untuk pemain catur Bawah 18 tahun adalah RM15 setahun. Oleh itu, boleh dikatakan adalah teramat rugi jika peserta Dewasa yang ingin bertanding untuk kejohanan pembukaan tahun 2024 ini untuk membayar yuran kejohanan sahaja (RM30), sedangkan mereka boleh memilih untuk membuat pembayaran RM40 dan bakal mendapat kelebihan seperti diskaun yuran untuk sepanjang tahun 2024. 

Apapun, segala maklumat lanjut mengenai kejohanan ini boleh dibaca di bawah: 

 

Untuk menyemak senarai ahli aktif 2024, sila tekan butang di bawah:

Senarai ahli aktif 2024

 

Untuk mendaftar sebagai ahli aktif 2024, anda boleh mengisi borang secara online dengan menekan butang di bawah:

Borang Keahlian 2024

 

Untuk mendaftar Kejohanan Catur Tahun Baru Cina, anda boleh mengisi borang pendaftaran dengan menekan butang di bawah:

Borang Pendaftaran Kejohanan Tahun Baru Cina

 


Perhatian:

Penjelasan Tentang Yuran Kejohanan Catur Tahun Baru 2024

PCNK memberikan 4 pilihan pembayaran yuran:

RM40 

.. sepatutnya dipilih jika anda berusia 18 tahun dan ke atas, dan memilih untuk menjadi ahli aktif PCNK untuk tahun 2024. Yuran tahunan PCNK adalah RM30 untuk dewasa, dan RM10 adalah yuran kejohanan yang telah diskaun. Jika anda telah pun membuat pembayaran asing untuk keahlian kerana telah mengisi borang keahlian terlebih dahulu, anda hanya perlu membayar yuran kejohanan sahaja, iaitu RM10 dan memberitahu pihak kami (presiden, setiausaha atau bendahari). Peserta yang membayar yuran RM40 ini boleh teruskan dengan mengisi BORANG KEJOHANAN dan BORANG KEAHLIAN menggunakan resit pembayaran yang sama. 

RM30 

.. sepatutnya dipilih jika anda berusia 18 tahun dan ke atas, dan memilih untuk tidak menjadi ahli aktif PCNK. Peserta yang membayar yuran RM30 ini boleh teruskan dengan mengisi BORANG KEJOHANAN menggunakan resit pembayaran tersebut. 

RM25

.. sepatutnya dipilih jika anda berusia 17 tahun dan ke bawah, dan memilih untuk menjadi ahli aktif PCNK untuk tahun 2024. Yuran tahunan PCNK adalah RM15 untuk bawah 18 tahun, dan RM10 adalah yuran kejohanan yang telah diskaun. Jika anda telah pun membuat pembayaran asing untuk keahlian kerana telah mengisi borang keahlian terlebih dahulu, anda hanya perlu membayar yuran kejohanan sahaja, iaitu RM10 dan memberitahu pihak kami (presiden, setiausaha atau bendahari). Peserta yang membayar yuran RM25 ini boleh teruskan dengan mengisi BORANG KEJOHANAN dan BORANG KEAHLIAN menggunakan resit pembayaran yang sama.

RM20 

.. sepatutnya dipilih jika anda berusia 17 tahun dan ke bawah, dan memilih untuk tidak menjadi ahli aktif PCNK. Peserta yang membayar yuran RM20 ini boleh teruskan dengan mengisi BORANG KEJOHANAN menggunakan resit pembayaran tersebut.


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *