Kejohanan Catur MASISWA Zon Timur

Pada 2-3 November 2018, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dengan kerjasama PCNK telah menganjurkan Kejohanan Catur MASISWA Zon Timur. Kejohanan ini diadakan menggunakan format berpasukan yang diadakan pada 2 November dan format individu pada 3 November. Kejohanan ini merupakan kejohanan yang dihadiri oleh IPTS zon timur iaitu daripada Kelantan, Pahang dan Terengganu. Antara IPTS yang terlibat dalam sukan catur adalah DRB HICOM, RANACO, TATIUC dan KIAS sendiri.

DRB-HICOM

Kategori berpasukan telah berlangsung pada 2 November dengan penuh dramatik. Dalam kategori lelaki, terdapat 2 pasukan yang sama kuat iaitu UNITEN dan DRB HICOM. Ditakdirkan dua pasukan ini bertemu dalam pusingan akhir Round Robin. DRB HICOM yang berada di kedudukan kedua sebelum pusingan akhir memerlukan kemenangan untuk menyamakan markah Match Point iaitu tie break pertama. Keadaan menjadi sukar apabila DRB HICOM menang 3-1 menyebabkan tie break kedua (Game Point) menjadi sama. Namun, berdasarkan pertembungan di antara kedua-dua pasukan ini, DRB HICOM diisytiharkan menang kerana memenangi perlawanan tersebut (tie break ketiga). Pingat gangsa dimenangi oleh UCYP.

Dalam kategori wanita, pasukan UNITEN memenangi kesemua perlawanan mereka untuk memenangi pingat emas. Perak dimenangi oleh UCYP dan gangsa dimenangi oleh DRB-HICOM.

Kategori Berpasukan : Lelaki / Wanita

Kategori Individu : Lelaki / Wanita

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *