Kejohanan Catur Kilat Sempena Mesyuarat Agung PCNK 2023

Satu kejohanan yang ditunggu-tunggu oleh pemain dewasa akan diadakan Sabtu ini bertempat di foodcourt Lotus’s Kota Bharu. Kejohanan tersebut diadakan sempena pengumuman AJK baru PCNK untuk sesi 2023-2025 nanti. Oleh itu, selain mengisi borang kejohanan, pemain dewasa yang merupakan ahli aktif hendaklah mengisi borang pencalonan JIKA ingin mencalonkan salah satu daripada jawatan ini :
1. Presiden
2. Timbalan Presiden
3. Naib Presiden
Syarat-syarat kelayakan calon ada dinyatakan dalam borang pencalonan. Namun, jika anda tidak mahu mencalonkan sesiapa dan setuju dengan pemegang jawatan sediaada, anda hanya perlu mengisi borang kejohanan. Ahli aktif dewasa yang tidak mahu bermain dalam kejohanan ini juga boleh mengisi hanya borang pencalonan tanpa perlu mengisi borang kejohanan.
Untuk pemain dewasa yang bukan ahli dan juga peserta bawah 17 tahun, anda hanya perlu mengisi borang penyertaan kejohanan sahaja.
Terdapat beberapa kelainan pada Kejohanan Catur Kilat ini:
1. kawalan masa hanya 10 minit yang tidak terlalu pantas seperti blitz 5 minit dan tidak terlalu lama seperti rapid 20/25 minit.
2. kerjasama 4 pihak sebagai penaja iaitu PCNK, Lotus’s dan dua akademi tersohor Kelantan, Akademi Catur Ariez Azman dan Akademi Catur Xchess.
3. hadiah kepada pemain yang mendapat tempat terakhir (ke-100) dalam kejohanan (belum ada di mana-mana kejohanan di Malaysia rasanya). Jangan ingat mudah untuk mendapat tempat terakhir ini ya.
Berikut adalah maklumat kejohanan:
Sila klik pautan pendaftaran di bawah :
Borang Pendaftaran Catur Kilat PCNK 2023
Leave a Reply