Kejohanan Bakat Catur Online 2021

Akademi Catur Ariez Azman (ACAA) akan menganjurkan Kejohanan Bakat Catur Online 2021 dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Kelantan pada 30 Januari 2021 bermula jam 10 pagi. Kejohanan ini akan diadakan dalam dua kategori berasingan iaitu Bawah 12 Tahun dan Bawah 18 Tahun. Ia juga menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM480. Kejohanan ini menggunakan platform Lichess.

Kepada yang berminat, sila baca syarat-syarat di dalam borang sebelum mendaftarkan diri. Bermain menggunakan ID orang lain walaupun dari kalangan ahli keluarga sendiri adalah tidak digalakkan. Sila ikuti langkah-langkah yang diberi agar pendaftaran anda tidak bermasalah.

ID pemain yang telah berada di dalam group Lichess PCNK akan dibuang sekiranya tidak berdaftar untuk bermain dalam kejohanan kali ini. Ini untuk mengelakkan pemain yang tidak berdaftar bermain secara tidak sah. Tarikh tutup pendaftaran ialah 28 Januari 2021.

Maklumat lanjut boleh dibaca dalam poster di bawah:

Kepada yang berminat, sila tekan butang di bawah:

Borang Pendaftaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *