Hari Raya Blitz

Sempena kemeriahan Syawal, PCNK telah menganjurkan satu kejohanan blitz untuk ahli-ahlinya dengan tujuan beramah mesra sesama mereka disamping bersama-sama melakukan aktiviti yang diminati bersama iaitu bercatur. Selain bertemu mata setelah sebulan tiada kejohanan, para ahli dapat berbual mengenai hari raya di hadapan papan catur masing-masing. Konsep santai ini merupakan idea yang diambil daripada konsep rumah terbuka apabila peserta membawa (sepatutnya) kuih-kuih dan biskut-biskut raya untuk dikongsi makan secara bersama.

Hari Raya Blitz ini juga bertujuan mendapatkan ahli baru kerana yuran penyertaan ahli sahaja yang diterima iaitu RM5. Namun, AHLI AKTIF mendapat keistimewaan apabila mereka dapat bermain secara PERCUMA untuk kejohanan ini.

Hanya 30 orang pertama mendaftar sahaja diterima, namun kejohanan ini dipenuhi oleh para pemain yang amat berkaliber. Ini dibuktikan apabila separuh daripada para pemain yang bermain mempunyai rating kebangsaan yang melebihi 1500.

Seperti yang dijangka, AGM Nik Ahmad Farouqi membuktikan status sebagai pilihan utama bukan sekadar bualan. Beliau hanya melepaskan setengah mata setelah menjuarai kejohanan dengan 6.5 mata. Beliau diikuti oleh Mohd Zudi Mustapha dan Mohd Amin Mohd Noor. Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan:

http://www.chess-results.com/tnr289413.aspx?lan=1&art=1&rd=7&wi=821

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.