Dr Nasrul tarik diri dari Penang Open
Hari ini Dr Nasrul Humaimi telah mengesahkan bahawa beliau terpaksa menarik diri dari menyertai Kejohanan Penang Heritage City International Chess Open yang akan berlangsung pada 8-12 Disember ini. Penarikan ini di atas urusan kerja yang bersimbung dengan tarikh kejohanan.
Penang Heritage City International Chess Open ini adalah kejohanan FIDE Rated dan beberapa pemain Kelantan seperti pemain no 1 negara, IM Mas Hafizulhilmi, Nik Ahmad Farouqi dan Wan Mahadzir akan menyertai kejohanan ini.
IM Mas Hafizul akan menyertai perlawanan ini sebagai pemanas badan untuk mendapatkan GM norm yang pertama pada ASEAN Chess Championship di Singapore pada hujung bulan Disember. Selain untuk cuba memperbaiki FIDE ratingnya, kemungkinan untuk mendapat GM norm di sini agak mustahil memandangkan hanya 3 GM yang mendaftar dan rata-rata rating peserta lain adalah rendah. Nik Ahmad Farouqi juga akan cuba menaikkan rating setelah Kejohanan FIDE rated terakhir yang disertainya di NCC pada Jun yang lalu. Wan Mahadzir pula dalam misi untuk mendapatkan FIDE rating setelah menyertai National Chess Championship pada bulan Jun yang lepas.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Disember 2010 dan penyertaan lewat akan dikenakan penalti RM 50.
Maklumat lanjut mengenai kejohanan ini boleh dirujuk di sini..
Leave a Reply