Blitz Santai di Hattori Cafe, Pantai Kemayang
Gan Wen Han menjadi juara satu kejohanan blitz secara santai telah diadakan Sabtu lepas di Kafe Hattori yang terletak di Pantai Kemayang, Bachok. Beliau dikira sebagai juara kerana penyertaan coach Abdullah hanyalah sebagai sparring partner kepada para peserta yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar sekolah. Penyertaan dihadkan kepada 40 orang kerana kekangan jumlah meja, namun mereka ini bertuah dapat bermain catur sambil menikmati tiupan angin pantai dan pemandangan yang indah. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh wakil daripada Hattori Cafe.
PCNK dan ACAA juga membuat satu percubaan berani dengan menggunakan laman web SwissSystem.org untuk membuat pairing setiap pusingan. Keputusan penuh boleh dibaca melalui laman web tersebut dengan menekan link ini.
Beberapa keping gambar kenangan di Hattori Blitz:
Leave a Reply