Berakhirnya National Close 2011

National Close 2011 berakhir hari ini setelah berlangsung 9 pusingan dalam tempoh 5 hari. 2 wakil Kelantan dalam kategori Terbuka iaitu Nik Farouqi dan Ezmi Mahmood masing-masing menamatkan pertandingan pada kedudukan 18 dan 69.

Kategori Wanita pula yang diwakili oleh Najihah Mohd Saufi menamatkan cabaran pada kedudukan ke 24.

Dalam pertandingan NCC 2011 ini, Lim Zhuo Ren telah dinobatkan sebagai National Master (NM) yang baru. NM Zhuo Ren menunjukkan prestasi cemerlang apabila menang 7 pusingan awal dan seri 2 pusingan terakhir untuk mengakhiri dengan 8 mata dari 9 pusingan.

Nik Farouqi pula agak malang pada hari ke 4 apabila tewas pusingan ke 7 dan 8 yang langsung menutup peluang untuk menamatkan pertandingan dalam kedudukan 8 terbaik.

Bagi kategori wanita pula, WCM Nabila Azman Hisham memenangi National Close buat pertama kalinya untuk menambah koleksi gelaran WNM pada namanya. Nabila menamatkan perlawanan dengan 7.5 mata dari 9 pusingan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *