Ajwad, Arifi dan Cikgu Saufi terima penghargaan

13 Ogos 2017 – Dua pelajar dari SK Bukit Jawa 2 yang merupakan ahli aktif PCNK telah menerima penghargaan daripada pihak sekolah atas kecemerlangan membantu pasukan MSSK pada kejohanan MSSM di Kuantan yang berakhir pada 10 Ogos 2017. Muhammad Ajwad Bin Mohamad Amin telah berjaya mendapat pingat gangsa apabila menduduki kelompok 10 pemain terbaik bagi kategori individu bawah 12 tahun. Sementara itu Shazwan Arifi Bin Suhaimi pula berjaya menduduki tangga ke-6 dalam kategori berpasukan bawah 12 tahun. Majlis penghargaan telah disempurnakan oleh Y Bhg Guru Besar, En Mohd Kamal Bin Hj. A. Rahman. Turut menerima penghargaan adalah Cikgu Mohd Saufi yang turut menjadi guru pengiring bagi kontingen MSSK dan sememangnya seorang jurulatih yang tidak asing lagi di kalangan warga SK Bukit Jawa kerana berjaya melahirkan ramai bintang catur termasuk anak beliau sendiri, Najihah Mohd Saufi yang berjaya diperingkat kebangsaan. 

Ajwad, Arifi dan Cikgu Saufi menerima penghargaan daripada pihak sekolah, yang disempurnakan oleh Guru Besar, En Mohd Kamal Bin Hj A. Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *