Athiera Nombor 6 Kebangsaan, Azmie 20 Terbaik – PCNK

Athiera Nombor 6 Kebangsaan, Azmie 20 Terbaik



Dari kiri – Fatih Nor Sahariah, Athiera Fatneen, Wan Mohd Azmie, Zurayusazrul dan Muhammad Ariji

Keputusan seri melawan Puteri Munajjah di papan pertama pada pusingan akhir telah meletakkan wakil tunggal Kelantan di tempat keenam keseluruhan dalam Malaysian Chess Championship (Kejohanan Tertutup Kebangsaan) tahun ini. Sebagai pemain yang tidak mempunyai rating FIDE, Athiera Fatneen telah berjaya mengutip beberapa mata penting setelah menumpaskan lawan yang mempunyai rating 1702 dan seri dengan Munajjah yang mempunyai rating 1939.

Sementara itu, Wan Mohd Azmie berjaya meletakkan diri di kelompok 20 terbaik Kategori Terbuka setelah mendapat tempat yang ke-18 daripada 68 peserta keseluruhan. Azmie terpaksa berpuas hati dengan 5 mata keseluruhan setelah memenangi semua permainannya dengan buah putih dan tewas hampir keseluruhan permainannya dengan buah hitam. Jika Azmie berjaya meningkatkan permainannya dengan buah hitam, tidak mustahil beliau boleh memberi cabaran jika terpilih lagi sebagai wakil Kelantan pada tahun hadapan.

Kapten pasukan Kelantan, Muhammad Ariji, bermula dengan permainan di papan pertama pada pusingan 1. Namun, beliau tidak berjaya untuk membuat kejutan menentang Looi Xin Hao dalam permainan yang disiarkan secara langsung. Keputusan 50% daripada 9 permainan bagaimanapun berjaya meletakkan beliau di tangga ke-36 keseluruhan.

 

Keputusan penuh:

Kategori Terbuka

Kategori Wanita

 

Athiera vs Puteri Munajjah di pusingan akhir

gambar diambil dari caturkuantan.blogspot.com

gambar diambil dari caturkuantan.blogspot.com



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *