Abdullah Che Hassan Masih Berbisa

Abdullah Che Hassan meninggalkan pencabar terdekat 1 mata di belakang apabila memenangi semua 6 permainannya dalam Kejohanan PCNK-KPTM yang diadakan pada cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini. Tempat kedua hingga kelima dengan 5 mata adalah masing-masing Azahari Mohd Nor, Nik Omar Heykal, Aizil Nashran dan Mohd Hafizuddin. Kejohanan yang pertama ‘over the board’ anjuran PCNK dengan kerjasama KPTM selepas bermula pandemik Covid 19 ini menarik minat lebih kurang 100 orang peserta yang bermain dalam 3 kategori. Namun, hanya kategori terbuka dan bawah 17 tahun yang bermain menggunakan papan catur manakala kategori bawah 12 tahun bermain secara hybrid, iaitu menggunakan peranti sendiri seperti telefon bimbit dan laptop di dewan KPTM.

Berikut adalah senarai pemenang:

 Beberapa gambar menarik sepanjang kejohanan (kredit AmniBadrina):

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *