Akaun lichess.org PCNK

PCNK telah mencipta akaun lichess.org dalam usaha memastikan peminat-peminat catur di Kelantan tidak ketandusan kejohanan catur. Untuk pengetahuan semua, lichess.org menyediakan platform untuk mengadakan kejohanan berformat Swiss disamping format-format utama mereka iaitu Arena individu atau berpasukan. Setakat ini, seramai lebih kurang 10 orang pemilik akaun lichess.org telah menyertai akaun PCNK, namun jumlah ini belum cukup untuk pihak PCNK mengadakan satu kejohanan catur berformat Swiss.
Sehubungan itu, anda semua digalakkan untuk mendaftar dengan akaun PCNK di pautan (https://lichess.org/team/pcnk) agar kita semua dapat memanfaatkan tempoh PKP yang tidak membenarkan kita bertemu di papan catur sebenar dengan bermain di papan catur alam maya.
Leave a Reply