Tragedi bagi IM Atanu di hari ke 4 Sarawak Open 2011
IM Atanu mengalami hari yang malang apabila kalah kedua-dua permainan hari ini ke atas Andre Jerome dari Singapura dan Wong Jianwen pada petang hari. Bermula sebagai pendahulu bagi hari keempat, 2 kekalahan membuatkan IM Atanu terus terkeluar dari persaingan merebut kejuaraan Sarawak Open 2011 yang tinggal hanya 1 permainan lagi esok.
IM Atanu Lahiri vs Wong Jianwen |
IM Atanu membuat kesilapan terbesar dalam pertandingan kali ini apabila membuat pergerakan Ke8 ??? dan terus dicheckmate Qd8# oleh Wong Jianwen ketika dalam usaha untuk mendapat Queen yang kedua. Dengan kekalahan ini, pendahulu Sarawak Open diambil alih oleh Andre Jerome dengan 7 mata di ikuti oleh Benjamin Foo dan Wong Jianwen 6.5 mata.
Nik Farouqi tewas sekali lagi dengan buah hitam kali ini dengan Kamaluddin Yusof. Permainan yang terkeluar dari teori pembukaan menjadi kacau bilau dan Kamaluddin memenangi perlawanan kerana kedudukan buah yang lebih baik. Ikuti permainan di antara Nik Farouqi dan Kamaluddin di bawah..
Leave a Reply