Keputusan Uptown Shah Alam 2011

19 Februari – Kejohanan Uptown Shah Alam ini dianjur bersama oleh Uptown Shah Alam dan KL Chess berlangsung di Seksyen 24 Shah Alam. Apa yang uniknya, pertandingan ini dibuat pada malam hari dan kawalan masa 15 min membuatkan permainan sering bertukar kawalan dengan pemain yang berkelebihan tidak semestinya menang permainan kerana masalah masa.

Kejohanan ini berjaya menarik seramai 59 peserta dan PCNK pastinya memberi tumpuan kepada pemain Nik Farouqi dan Ariez Azman yang turut sama memeriahkan pertandingan.

Nik Farouqi menamatkan pertandingan di tempat ke-4 dengan mengutip 5.5/7 mata manakala Ariez kali ini gagal menempatkan diri di kelompok 10 terbaik apabila sekadar menduduki tempat ke 20 dengan 4 mata. Agak malang bagi Nik Farouqi yang kelihatan berpeluang menjuarai kejohanan ini apabila memasuki pusingan ke-7 setelah berjaya menewaskan pilihan pertama, Jasur Madjidov pada pusingan ke 6. Nik yang hanya memerlukan seri ketika bertemu Nabil di pusingan 7 tertekan dengan “time trouble” walaupun mempunyai posisi menang akhirnya membuat kesilapan besar dan terus kalah. Dengan kekalahan itu, Nabil berjaya menjadi Juara Uptown 2011.

Berikut adalah keputusan 10 tempat terbaik



1.Muhd Nabil Azman Hisham 6 Mata
2.Ahmad Fadzil Nayan 6 Mata
3.Jasur Madjidov 5.5 Mata
4.Nik Ahmad Farouqi 5.5 Mata
5.Noor Hafiz Mohd Nor 5 Mata
6.CM Mohd Fadli Zakaria 5 Mata
7.Syed Abdul Rahman 5 Mata
8.NM Kamalarifin Wahiduddin 5 Mata
9.Rizal Ahmad Kamal 5 Mata
10.Foo Chee Kin 5 Mata

Leave a Reply

Your email address will not be published.