Keputusan Cabaran Catur Kuala Terengganu 2015

Pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2015, Terengganu Chess Association telah menganjurkan Cabaran Catur Kuala Terengganu bertempat di Universiti Malaysia Terengganu. Kejohanan 2 hari ini disertai lebih 80 orang pemain-pemain catur Terengganu, Pahang dan Kelantan.
Berikut adalah keputusan selepas 7 pusingan
Kawalan masa perlawanan selama 1 jam setiap pemain memberi peluang kepada pemain untuk mengatur langkah terbaik bagi setiap gerakan seterusnya menjadikan setiap permainan lebih berkualiti. Tahniah kepada penganjur.
2 orang ahli PCNK yang menyertai kejohanan ini masing-masing mendapat 5 mata daripada 7 walaubagaimanapun gagal mendapat 10 tempat terbaik. Mereka adalah Wan Mohd Azmie Wan Abdul Rahim (tempat ke13) dan Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin (Tempat ke14)
Berikut adalah beberapa gambar sekitar kejohanan yang diambil dari facebook pemain catur
Tahniah diucapkan kepada semua peserta!
Leave a Reply