Kelantan merampas kedudukan teratas dari Pasukan Najib!!
Kelantan menunjukkan aksi mantap pada pusingan ke 7 DATCC Team Event apabila membelasah pasukan Renegade 4-0 sekali gus melonjak ke tangga teratas buat pertama kalinya dengan 20.5 Mata. Pasukan Too Less Ordinary juga memenangi ke atas pasukan Bernama dengan keputusan 4-0 dan menduduki tangga ke 2 dengan 19.5 mata. Pasukan Najib yang sebelum ini sebagai pendahulu jatuh ke tangga ke 3 apabila seri dengan pasukan 17 Chess Club dan kini mengumpul 19 mata.
![]() |
Renegade vs Persatuan Catur Negeri Kelantan |
Pusingan ke 8 dan 9 DATCC Team Event akan berlangsung pada Sabtu (17/12/11) ini dan Kelantan dijangka bertemu dengan pasukan Swordfish Petronas pada pusingan 8 dan akan bertemu antara pasukan Carikomputer Dot Com atau Pasukan PJMIM pada pusingan ke 9.
![]() |
Poss istimewa Ezmi Hero yang masih mengekalkan keputusan 100% |
Kelantan akan dinobatkan sebagai juara sekiranya berjaya mendapat 7 mata dari 2 perlawanan tersebut memandangkan pasukan Too Less Ordinary tidak mampu memintas walaupun mengutip markah penuh dari 2 perlawanan terakhir disebabkan perbezaan sistem pemutus Match Point.
Leave a Reply