Kelantan menang 3.5-0.5 ke atas DATCC Senior

Keputusan Setiap Papan
![]() |
Keputusan DATCC Sr vs Kelantan |
1. IM Giam vs IM Mas Hafizul – IM Mas Hafizul MENANG!!
2. Abdul Haq vs Jax Tham – SERI !!
3. Christopher Lee vs Abdullah Che Hassan – Abdullah MENANG!!
4. Nik Ahmad Farouqi vs Choo Min Wang – Nik MENANG!!
TAHNIAH Pasukan KELANTAN!!
![]() |
DATCC Senior vs Kelantan |
Papan 1 : IM Giam vs IM Mas
Perlawanan antara 2 IM di papan 1 ini sangat menarik apabila Giam dari Singapore bermain anti sicilian dan mengorbankan pawn e4 pada pergerakan ke 9 untuk menyerang. Namun Mas berjaya mempertahankan kelebihan 1 pawn dan memperbaiki posisinya dan memasuki endgame yang lebih baik bagi hitam. Tetapi pada pergerakan ke 33, Giam membuat kesilapan apabila menukar Bishop dengan Kuda di petak b4 kerana beberapa pergerakan berikutnya rupa-rupanya Mas boleh mengorbankan Rook untuk promosi pawn kepada Queen dan memasuki endgame Rook vs Kuda seterusnya dimenangi oleh Mas Hafizul.
————————————————————————————————————————————
Papan 2 : Abdul Haq vs Jax Tham
Papan ke-2 telah memulakan debaran sejak dari awal lagi apabila hujan lebat membuatkan Abdul Haq terperangkap di dalam trafik jem dan tiba 5 minit sebelum walkover. Waktu menunggu adalah selama 1 jam dan Haq yang bermain putih terpaksa memulakan gerakan pertama dengan masa 35 min vs 1 jam 30 min bagi Jax.
Haq memilih untuk bermain exchange variation untuk melawan French Defense yang digunakan oleh Jax untuk mengurangkan komplikasi permainan memandangkan kekurangan dari segi perbezaan masa dan pertukaran buah dari awal permainan memasuki endgame Bishop vs Kuda dan Haq menawarkan seri ketika masa berbaki 2 min berbanding Jax yang mempunyai 30 min walaupun mempunyai posisi yang lebih baik.
————————————————————————————————————————————
Papan 3 : Christopher Lee vs Abdullah Che Hassan
3 perlawanan, 3 permainan pembukaan English dan keputusannya kemenangan ke 3 bagi Abdullah Che Hassan yang mengekalkan rekod 100% kemenangan setakat ini. Namun permainan kali ini agak kurang tajam dimainkan Abdullah apabila banyak peluang untuk mendapat kelebihan awal disia-siakan begitu saja.
Walaubagaimanapun Abdullah berjaya juga menamatkan perlawanan dengan bergaya apabila mengorbankan Rook untuk mendapat serangan mate yang memberi mata penting kepada pasukan Kelantan.
————————————————————————————————————————————
Papan 4 : Nik Ahmad Farouqi vs Choo Min Wang
Permainan Sicilian variasi Rossolimo kali ini ditampilkan di meja 4. Nik menukar Bishop dengan kuda di petak c6 untuk membuat double pawn dan mengurangkan pergerakan Double Bishop pihak lawan. Nik memulakan serangan di bahagian Queen manakala Choo menyerang di bahagian King. Tetapi Choo membuat kesilapan dengan membenarkan putih membuat gerakan Rb7 untuk menguasai b-file, 7 rank serta diagonal a1-h8 menyebabkan Nik dapat membuat kombinasi serangan yang memberikan 1 lagi kemenangan penting kepada pasukan Kelantan.
————————————————————————————————————————————
Dengan kemenangan ini, Pasukan Kelantan mengumpul 8 mata setakat ini untuk menduduki tangga ke 3 di belakang pasukan Too Less Ordinary (10.5 mata) dan Pasukan Najib (8.5 mata). Pasukan Kelantan dijangka bertemu Seahorse PETRONAS pada perlawanan seterusnya.
Leave a Reply