Permainan Pilihan di Asia Game

Selama 2 minggu kita menyaksikan kejohanan sukan ke 2 terbesar dianjurkan di Guangzhou, China iaitu Sukan Asia. Antara sukan-sukan yang dipertandingkan termasuk juga Sukan catur yang dipertandingkan untuk kali kedua berturut-turut.

Analisis permainan yang pertama kali dipaparkan di blog PCNK ini, saya memilih permainan di antara GM P. Harikrishna bertemu GM Wesley So pada perlawanan pusingan pertama antara pasukan India dan Filipina di papan pertama…
1. d4 Nf6 2. c4 g6 3. Nf3 Bg7 So bermain Gruenfeld dan castling di awal permainan sementara Harikrishnan mengawal tengah dengan d4 dan c4 terlebih dahulu… 4. g3 O-O 5. Bg2 d5 di dalam permainan Gruenfeld, gerakan ini adalah biasa untuk mencabar kawasan tengah dan menghidupkan fienchetto Bishop di g7..6. cxd5 Nxd5 7. O-O Nc6 8. Nc3 Nb6 9. e3 Re8 10. Re1 a5 idea disebalik gerakan ini adalah untuk mengaktifkan Rook di a8 dan cuba untuk melemahkan struktur pawn putih di a2 dan b2 supaya Bishop di g7 menjadi lebih kuat berbanding Bishop di g2…11. Qe2 Be612. Nd2 a4 13. Rd1 f5 14. Rb1 Bf7 15. b3axb3 16. axb3 Buah hitam kelihatan aktif dengan Rook di a8 mengawal file a dan Bishop di f7 dan g7 mempunyai diagonal yang terbuka sedangkan Bishop putih di c1 dan Rook di b1 kelihatan pasif.. Nd5 17. Bb2 Qd7 18. Na4 b6 bertujuan untuk mengawal petak c5 tetapi ini juga membuatkan Bishop putih di g2 mengawal diagonal a8-h1 dengan kuat 19. Nf3 Na5? 20. Ng5 So akan kehilangan Bishop yang mengawal petak putih dan ini akan membuatkan petak putihnya menjadi lemah.. Nxb3 21. Nxf7 Rxa4 Hitam menganggap dia berjaya memenangi satu pawn tetapi tiba-tiba.. 22. Nd6!! 





gerakan mamak dari India memang hebat! Qxd6 23. Qb5 4 buah hitam di a4, e8, b4 dan d5 di fork oleh Queen putih, terbukti kelemahan petak putih So kelihatan jelas selepas kehilangan Bishop putihnya Rd8 So terpaksa mengorbankan 1 Rooknya daripada kehilangan 2 kuda… 24. Qxa4 Na5 25. Rdc1 c6 26. Ba3 Qe6 So masih mencuba di posisi yang sudahpun kalah… 27. Bc5! Lagi satu gerakan power untuk menghukum lawan yang masih enggan menyerah kalah Nxe3 28. Bxb6 Nxg2 29. Bxd8 f4 30. Bxa5 Ne3 31. Qxc6 hitam telah kehilangan 2 Rook dan 1 bishop berbanding hanya 2 minor piece yang dimilikinya, sampai di sini, tak ada apa untuk dimainkan dan So menyerah kalah.. 1-0 


Bagaimanapun Filipina menang perlawanan dengan India dengan keputusan 2.5-1.5 apabila GM Antonio dan GM Torre masing2 menewaskan lawan mereka dan GM Paul Gomez mencatat seri di papan ke-3

Dibawah disediakan Game Replayer untuk memainkan permainan di atas.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *