IM Mas vs Kamaluddin Yusof – UNIKL Rapid Tournement

(1) IM Mas Hafizulhelmi – Kamaluddin Yusof
UNIKL Rapid, 10.04.2011

1.e4 e6 2.d4 d5 3.Nd2 Mas bermain variasi Tarrasch untuk menghadapi pembukaan French 3…Nf6 4.e5 Nfd7 5.f4 menambah penjagaan askar di petak e5 untuk memastikan putih mengekalkan kelebihan ruang di bahagian tengah.
5…c5 6.c3 Nc6 7.Ndf3 Walaupun dalam permainan catur kita perlu mengelak dari menggerakkan minor piece lebih dari dua kali di awal permainan, namun pergerakan Kuda dari petak d2-f3 ini penting untuk menjaga askar di d4 dan e5 dan membuka laluan Queen untuk menambah penjagaan askar di d4. Ini juga membuka laluan kepada Bishop di c1 untuk menyertai permainan.
7…cxd4 8.cxd4 f6 Pergerakan penting untuk menyerang rangkaian askar. Samaada menyerang dari kepala atau dari dasarnya. Namun f6 ketika ini melemahkan sedikit struktur pawn di sekitar kawasan King Hitam. Mungkin [8…Qb6 9.Ne2 Be7 10.Nc3 0–0 11.Be2 dan sekarang 11…f6 (rajah 1) lebih baik kerana King Hitam telah castling]

Rajah 1


9.g3 Bb4+ 10.Kf2 fxe5 11.fxe5 0–0 12.Kg2 Be7 13.h4 original dari Mas, tak perlu castling dan serang serang serang!
13…Nb6 14.Bd3 Bd7 15.Ne2 sehingga kini semuanya masih terkawal tetapi gerakan 
15…a5? boleh dikatakan silap kerana putih mempunyai variasi 16. Nf4!

Rajah 2


16.Nf4! dan sekarang serangan putih sudah bermula. [16.Qc2 h6 17.Nf4 Rxf4 18.Bxf4 Nb4 19.Bh7+ Kh8 20.Qb1 juga memberi kelebihan kepada putih]
16…a4?? (rajah 3)KY tidak menyedari bahaya yang dihadapi di sini. [16…h6 17.Ng5 Rxf4 18.Bxf4 Qe8 adalah pilihan yang lebih baik walaubagaimanapun Putih ber
kelebihan pertukaran material di sini.]


Rajah 3: Putih gerak dan menang!


17.Bxh7+!! Mas tidak membuang masa untuk memulakan pembunuhan ke atas King Hitam!
17…Kxh7 18.Ng5+ Kg8 19.Qh5 mengancam mate di Qh7
19…Bxg5 20.hxg5 Ne7 21.g6 Rybka mengumumkan mate dalam 7 pergerakan maksimum! 21…Nxg6 22.Qh7+ Kf7 23.Qxg6+ Kg8 24.Nh5? Tidak tepat tapi masih menang. Mungkin ketika ini Mas sudah nampak kemenangan boleh dicapai dengan mudah dalam posisi ini. [24.Rh7!! dan mate tidak dapat dielakkan.]
24…Qe7 25.Bg5 Be8 26.Nf6+ Rxf6 27.Qh7+ Kf7 28.exf6 (rajah 4) KY menyerah kalah di sini kerana akan kehilangan lebih banyak material. Dengan kemenangan di pusingan terakhir, IM Mas mengutip 8/8 mata untuk menjuarai Kejohanan Rapid di UNIKL. Tahniah dari kami di PCNK atas kejayaan ini. PCNK juga ingin mengucapkan terima kasih kepada IM Mas kerana sudi untuk berkongsi permainan beliau yang menarik ini. 1–0

Rajah 4 : Posisi yang memastikan Mas sebagai JUARA UNIKL !


Game Replayer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *