1st Kelantan FIDE Rated : Nik Farouqi menang Wan Mahadzir.. 2 mata di depan Abdul Haq
Malam ini satu lagi perlawanan diselesaikan di antara Wan Mahadzir dan Nik Farouqi. Perlawanan dimulakan dengan 1.Nf3 dan dibalas dengan Nf6. Satu kejutan dari Wan Mahadzir yang biasanya bermain dengan 1.e4. Di pertengahan permainan Mahadzir membuat kesilapan dengan memberikan 1 pawn percuma tetapi apabila berlaku pertukaran buah, posisi agak seimbang walaupun Nik berkelebihan 1 pawn.
Wan Mahadzir tidak dapat mempertahankan kedudukan dengan baik dan akhirnya Nik berjaya membuka permainan dan mencipta pass pawn dan akhirnya Mahadzir terpaksa menyerahkan Bishop untuk menghalang promosi Queen dan menyerah permainan pada langkah ke 62.
Berikut adalah permainan antara Wan Mahadzir dan Nik Farouqi
Dengan kemenangan tersebut, Nik Farouqi telah mengumpul 9 mata dari 10 perlawanan dan akan bertemu Syed Azizi pada perlawanan terakhir.
![]() |
Kedudukan semasa 1st Kelantan FIDE Rated 2011 |
Pertarungan di antara Nik Farouqi dan Syed Azizi dijadualkan pada 25 November 2011 pukul 9 pagi. 1 lagi perlawanan antara Wan Mahadzir dan Mohd Azizul Mat Daud juga akan dijalankan pada masa yang sama.
Leave a Reply