1st Kelantan FIDE Rated : 9 permainan berjaya diselesaikan!
Dalam misi menjayakan 1st Kelantan FIDE Rated 2011, 12 pemain yang terlibat menunjukkan kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk menamatkan permainan. Terbaru adalah 9 lagi perlawanan berjaya diselesaikan apabila Nik Farouqi dan Ezmi Mahmood telah berkunjung ke Kelantan.
Nik Farouqi dan Ezmi bertolak pada 11.30 malam 17 November dan tiba pada 6.30 pagi dan memulakan perlawanan pada 10 pagi. Walaupun letih dalam perjalanan, semangat bermain oleh keduanya sungguh tinggi ditambah layanan baik Cikgu Nik Azrihan yang menyediakan minuman dan kuih muih sepanjang pertadingan berlangsung.
Berikut adalah keputusan perlawanan
SMK Pahi Kuala Krai
Jumaat 18/11/2011 (10 pagi)
Nik Farouqi vs Baharuddin Hamzah 1-0
Nik Nazri vs Ezmi Mahmood 1-0
![]() |
Farouqi vs Bahar, Nazri vs Ezmi dan Nik Azrihan sebagai Arbiter |
Jumaat 18/11/2011 (2.30 Petang)
Nik Nazri vs Nik Farouqi : Seri
Mohd Ezmi vs Baharuddin Hamzah : 0-1
![]() |
Perlawanan ke 2 diteruskan pada petang hari |
Nik Farouqi dan Ezmi kemudian terus bertolak ke Kota Bharu dan turut sama di dalam konvoi kali ini ialah Nik Nazri dan kami singgah di Restoran Erup Sup di Machang Kelantan.
![]() |
Marzuki vs Ezmi, Azizul vs Nik Farouqi di InstaForex Kubang Kerian |
Nik Farouqi dan Ezmi yang ditemani isteri beliau bertolak ke Kuala Lumpur setelah 3 hari yang sibuk dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 1 pagi sementara Nik Farouqi yang kepenatan memandu hanya tiba di Shah Alam pada 9 pagi hari Isnin (21/11/11) dan bersedia untuk bermain di dalam pasukan Kelantan pada 22/11/2011 untuk menentang pasukan Nusa Mahkota dalam 4th DATCC Team Event 2011.
Dengan keputusan terkini, Nik Ahmad Farouqi melonjak ke tangga teratas dengan 8 mata dari 9 perlawanan manakala Nik Nazri memperbaiki kedudukan di dalam carta. Perlawanan berikut antara Nik Farouqi dan Wan Mahadzir yang terbang dari Sabah dijadualkan berlangsung pada 24/11/2011 pada pukul 8 malam di tempat yang akan ditentukan kemudian.
————————————————————————————————————————————
Jawapan bagi pemain misteri – Ariez Azman pemain mewakili 17 Chess Club
Farouqi… 8/10 lah.. bukan 8/9…. terimakasih..
7 menang 2 draw.. baru 9 game.. jadi 8/9 mata.