Temuramah Sinar Harian (Isnin 16 September 2013)

PCNK mengalu-alukan publisiti untuk membolehkan maklumat mengenai PCNK sampai ke seluruh bakal ahli di seluruh Kelantan dan juga anak Kelantan yang berada di luar negeri. PCNK sedia maklum bukan semua orang boleh mengakses Internet, maka publisiti dalam apa-apa jua bentuk amat penting. Sehubungan itu, cadangan wakil daripada pihak Sinar Harian, Salwani Md Zain, ingin menemuramah pihak PCNK bagaikan orang mengantuk diberikan bantal. Temuramah tersebut telah diterbitkan pada hari Isnin, 16 September 2013.

Hasil daripada temuramah tersebut, beberapa keahlian baru telah tercipta. Antaranya seorang veteran berusia 66 tahun daripada kampung sebelah setiausaha PCNK. Beliau mengenali arwah ayah IM Mas Hafizulhilmi dan juga Ghazali Che Cob. Setelah bermain 2 permainan, beliau mengisi borang PCNK.

Ikuti salah satu permainan setiausaha PCNK dengan beliau.

Kepada ahli-ahli baru yang ingin mendaftar, dapatkan borang PCNK daripada wakil-wakil kami:

Kuala Krai
Nik Mohd Azrihan Abdul Ghafar (010-9245096)

Kota Bharu, Tumpat
Mohd Azizul Mat Daud (019-6138802)

Gua Musang
Nik Mohd Nazri Nik Hasan (013-3492923)

Pasir Putih 
Mohd Saufi Deraman (019-4736098)

Machang 
Wan Rozuhan Wan Setapa (017-3679819)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *