Mesyuarat Agung Pemilihan 2025

Pada hari Jumaat 21 Februari 2025, mesyuarat agung PCNK kali ke-9 akan diadakan secara online pada jam 9 malam. Mesyuarat yang dijangka berlangsung selama lebih kurang sejam akan membuat undian dan mengumumkan senarai barisan kepimpinan baru PCNK untuk sesi 2025-2027. Semua ahli aktif PCNK yang telah membayar yuran tahun 2025 boleh menyertai mesyuarat tersebut yang akan diadakan melalui aplikasi Google Meet.

Sehubungan itu, ahli-ahli DEWASA yang layak mencadang dan menyokong, mereka boleh berbuat demikian sebelum 14 Februari 2025 dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pastikan kelayakan dengan melayari pautan https://pcnk.org/senarai-ahli/senarai-ahli-aktif/
  2. Jika tiada nama, anda boleh mendaftar keahlian dengan mengisi borang keahlian PCNK di pautan https://pcnk.org/borang-keahlian-pcnk/ dan membayar RM30 (yuran tahun 2025 untuk dewasa)
  3. Setelah memastikan kesanggupan calon dan mencari seorang penyokong, pencadang boleh mengisi borang pencalonan di bawah:
Borang Pencalonan

 

Setelah itu, ahli-ahli akan memilih daripada senarai pencalonan dan keputusan akan diumumkan dalam mesyuarat agung nanti.

 

SELAMAT MENGUNDI!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *