Kad Ahli Aktif 2020 Hingga Tahun Depan

Sebagaimana yang telah maklum, PCNK telah melaksanakan penggunaan Kad Ahli Aktif untuk memberikan kelebihan kepada mereka yang membayar yuran tahunan berbanding mereka yang tidak membayar yuran. Yuran tersebut akan membolehkan PCNK mengadakan aktiviti-aktiviti untuk peminat sukan catur di Kelantan sepanjang tahun tersebut. Namun, tahun ini kita telah dikejutkan dengan wabak Covid 19 yang telah menyebabkan aktiviti PCNK tertangguh dan seterusnya penggunaan Kad Ahli Aktif tidak maksima sebagaimana biasa.

Oleh itu, kami di PCNK telah sebulat suara membenarkan penggunaan Kad Ahli Aktif 2020 sehingga ke tahun hadapan (2021) agar ahli yang membayar yuran pada awal tahun ini memaksimakan penggunakan kad mereka dengan menyertai segala aktiviti yang akan dianjurkan oleh PCNK selepas tempoh PKP ini berakhir.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *