Cara Menubuhkan Kelab Sukan Catur

Mulai Januari 2011 PCNK bercadang mengadakan Liga Catur PCNK . Justeru, PCNK menggalakkan para penggiat catur Kelantan disetiap daerah mewujudkan kelab catur diperingkat daerah dan menjadi Kelab Gabungan di bawah Persatuan Catur Negeri Kelantan. Melalui kewujudan kelab catur di setiap daerah, ia dapat menggalakkan perkembangan sukan catur di Kelantan khasnya. 
Berikut adalah garis panduan umum penubuhan Kelab untuk rujukan penggiat catur yang berminat untuk menubuhkan Kelab.
1. Mengadakan Mesyuarat Penubuhan Kelab yang dihadiri oleh 7 orang atau lebih (AJK Penaja)
2. Resolusi yang perlu diluluskan adalah:
     
    a. Persetujuan penubuhan kelab
    b. Nama Kelab (Bagi Kelab, tidak digalakkan mengguna nama daerah spt Kelab Catur Kota Bharu)
  c. Alamat rasmi Kelab (sekiranya menggunakan alamat premis pihak ketiga, sila dapatkan surat      kebenaran menggunakan premis).
   d.  Melantik AJK Penaja yang terdiri dari Presiden, Naib Presiden, S/U, Bendahari dan beberapa AJK.
   e. Merangka perlembagaan dan meluluskan minit mesyuarat
Setiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
1. Borang Permohonan (Borang 1) yang ditandatangan oleh 2 orang AJK Penaja
2. Wang Pos / Cek / Kiriman Wang atas nama PESURUHJAYA SUKAN sebanyak RM50.00
3. Empat (4) Salinan Perlembagaan.
4. Dua (2) salinan Minit Mesyuarat penubuhan
5. Dua (2) salinan Lambang Kelab beserta penjelasan
6. Dua (2) salinan senarai AJK:
– Jawatan dalam Kelab
– Nama
– No IC
– Alamat Kediaman
– Pekerjaan
– Alamat Majikan
– No Telefon  
Segala permohonan dan borang boleh di dapati di Kementerian Belia dan Sukan Kelantan (Wisma Persekutuan) atau berhubung dengan Encik Erfan di talian 09-7413153.

Sila maklumkan penubuhan Kelab Catur anda kepada PCNK untuk mendapat sokongan dan seterusnya mempercepatkan penubuhan kelab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *